Semua cawangan Tabung Haji telah kembali beroperasi sejak semalam selepas pemulihan sistem.PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) membuka semula sistem dan perkhidmatan utamanya selepas serangan siber yang menyebabkan operasi dihentikan sementara pada 8 Okt lalu, namun tiga fungsi THiJARI masih tergendala.
TH berkata, tiga fungsi berkenaan membabitkan penetapan semula kata laluan, pendaftaran pengguna baharu dan pembukaan akaun secara dalam talian yang masih memerlukan tindakan pemulihan lanjut.
Menurutnya, sistem dan perkhidmatan utama kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan serta langkah pemulihan dilaksanakan.
"Cawangan TH di Kedah, Terengganu dan Kelantan telah kembali beroperasi mulai Ahad, 11 Okt , manakala semua cawangan di negeri-negeri lain dibuka seperti biasa hari ini.








