Bekas Adun Bukit Besi, Roslee Daud meninggalkan dua isteri dan 10 anak berusia antara 22 hingga 42 tahun. (Gambar Facebook)DUNGUN: Bekas Exco Terengganu, Roslee Daud meninggal dunia di Hospital Dungun, pada 5.14 pagi tadi pada usia 66 tahun.
Anak Allahyarham, Mohd Hazwan, 40, berkata bapanya mengadu sesak nafas ketika berada di rumah mereka di Bukit Besi, di sini kira-kira 4.30 pagi sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi dan kemudian dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, beliau berkata pegawai perubatan mengesahkan bapanya meninggal dunia sejurus tiba di hospital tersebut.
“Kesihatan ayah saya mula merosot sejak Ogos lepas dan beliau kerap mendapat rawatan jantung di Hospital Dungun dan HSNZ (Hospital Sultanah Nur Zahirah),” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Dungun.








