DUNGUN - Bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu, Roslee Daud meninggal dunia di Hospital Dungun, di sini pada 5.14 pagi tadi.Anak Allahyarham, Mohd Hazwan, 40, berkata, bapanya mengadu sesak nafas ketika berada di rumah mereka di Bukit Besi di sini kira-kira 4.30 pagi sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi dan kemudian dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.Bagaimanapun, beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan bapanya meninggal dunia sejurus tiba di hospital tersebut."Kesihatan ayah saya mula merosot sejak Ogos lepas dan beliau kerap mendapat rawatan jantung di Hospital Dungun dan HSNZ (Hospital Sultanah Nur Zahirah)," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Dungun pada Isnin.Allahyarham berusia 66 tahun dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, menghidap penyakit jantung dan menjalani prosedur angioplasti koronari di HSNZ di Kuala Terengganu pada 1 Oktober lepas.Roslee meninggalkan dua isteri dan 10 anak berusia antara 22 hingga 42 tahun.Mohd Hazwan berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi selepas solat Zuhur, hari ini.Roslee yang mewakili Barisan Nasional (BN), mula dipilih sebagai ADUN Bukit Besi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013.Allahyarham kemudiannya dilantik menganggotai barisan Exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Ahmad Said, dengan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi.Pada 2016, Roslee memegang portfolio Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam pentadbiran kerajaan negeri.- Bernama
Bekas Exco Terengganu, Roslee Daud meninggal dunia

Key takeaways
Bekas Exco Terengganu, Roslee Daud meninggal dunia di Hospital Dungun pada 5.14 pagi tadi.
- Roslee Daud, 66 tahun, meninggal dunia akibat masalah jantung.
- Beliau pernah menjadi ADUN Bukit Besi dan mewakili BN.
- Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi hari ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 10 bekas Exco N Sembilan fail saman pemula, cabar pembatalan lantikan
- New Straits Times Ex-Bukit Besi assemblyman Roslee Daud dies at 66
- Berita Harian Bekas ADUN Bukit Besi Roslee Daud meninggal dunia
- Sinar Harian Bekas Exco Terengganu, Roslee Daud meninggal dunia (this story)
- Free Malaysia Today Ex-Terengganu exco man Roslee Daud dies








