KUANTAN – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, di sini pada 6 Oktober lalu.Tertuduh, F Alan Stevekumar,19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian, M Elisa Jonova,19.Perbuatan tersebut didakwa dilakukan olehnya di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, di sini, antara jam 4.32 hingga 4.55 pagi pada 6 Oktober lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohd Sabri Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudian menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes.Sebelum ini, media laporkan pelajar perempuan berkenaan ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh teman lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanyaSusulan itu, polis menahan lelaki itu di lokasi kejadian dan direman untuk siasatan lanjut.
Lelaki 19 tahun didakwa bunuh pelajar Polisas

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 19 tahun didakwa membunuh seorang pelajar Polisas di Kuantan pada 6 Oktober lalu.
- Tertuduh, F Alan Stevekumar, didakwa atas pertuduhan membunuh M Elisa Jonova.
- Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2 antara jam 4.32 hingga 4.55 pagi.
- Jika sabit, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjara 30 hingga 40 tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes bunuh pelajar: Polis tahan reman seorang remaja lelaki 6 hari
- Malaysiakini (BM) Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh teman lelaki di rumah sewa
- Sinar Harian Lelaki 19 tahun didakwa bunuh pelajar Polisas (this story)








