LIPIS – Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan kendiri di Kilometer 7, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Kechau Tui di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika kenderaan berkenaan dipandu anak perempuan mangsa yang berusia 26 tahun.Menurutnya, dua beranak itu dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur atas urusan kerja."Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu SUV berkenaan hilang kawalan sebelum kenderaan itu berpusing dan melanggar penghadang jalan di sebelah kanan."Akibat kemalangan itu, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang iaitu Ahli Parlimen Rantau Panjang mengalami kecederaan di bahagian dada serta perut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ismail memberitahu, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan lanjut.Katanya lagi, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Sehubungan itu, beliau turut memohon kerjasama orang ramai atau mana-mana saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan."Polis juga menasihatkan agar semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik," katanya.
Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera dalam kemalangan

Key takeaways
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff cedera di bahagian dada dan perut selepas kemalangan kenderaan di Lipis.
- Kemalangan berlaku di Kilometer 7, Jalan LTU, Kechau Tui pada Ahad.
- Pemandu kenderaan adalah anak perempuan mangsa yang berusia 26 tahun.
- Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Utusan Malaysia , Berita Harian , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera dalam kemalangan (this story)
- Berita Harian Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera, SUV terbabas
- Berita Harian Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera SUV terbabas
- Utusan Malaysia Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera, SUV terbabas
- Free Malaysia Today Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera nahas di Kuala Lipis
- Utusan Malaysia Anwar doakan Ahli Parlimen Rantau Panjang segera sembuh







