PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di tiga lokasi di Pulau Pinang esok.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, ujian tersebut dijadualkan berlangsung di lokasi pertama iaitu Masjid Terapung, Tanjung Bungah dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.
Katanya, ujian seterusnya akan dijalankan di Masjid Ar-Rahman, Batu Feringgi dari pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.
“Lokasi ketiga ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Teluk Bahang yang dijadualkan bermula pukul 1 petang hingga 3 petang.









