KOTA BHARU – Selepas enam bulan, seorang guru Pendidikan Islam yang dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis HR-V sebelum merempuh pelajar hingga maut di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada April lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Pendakwaan terhadap penjawat awam wanita berusia 57 tahun itu dijalankan di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini selepas enam bulan kes tersebut berlaku.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat ketika dihubungi mengesahkan guru tersebut akan didakwa mengikut dua pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.