KOTA BHARU: Guru wanita yang merempuh dua pelajar Tingkatan Satu, termasuk seorang daripadanya maut, dalam kejadian di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, April lalu dijangka didakwa di Mahkamah Kota Bharu esok.
Guru berusia 57 tahun itu akan didakwa dua pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika dihubungi mengesahkan guru wanita itu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu.
"Guru berkenaan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan menyebabkan kecederaan," katanya.








