KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan kemalangan maut membabitkan tiga beranak di Bukit Talang, Jalan Raja Musa di sini pada Khamis berlaku selepas Proton Exora dipandu seorang wanita merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di bahu kiri jalan kerana tayar pecah.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berlaku ketika Proton Exora itu dalam perjalanan dari arah Bestari Jaya menghala ke Tanjong Karang."Akibat kemalangan itu, tiga mangsa daripada Proton Exora iaitu pemandu wanita berusia 44 tahun, penumpang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Seorang lagi penumpang Proton Exora mengalami kecederaan dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Azaharudin berkata, polis menerima maklumat mengenai kemalangan maut itu kira-kira jam 2.39 petang.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Norzalikha Ghazali."Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran."Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu atau menunggang kenderaan serta mematuhi peraturan jalan raya," tambah beliau.
Tiga beranak maut: Exora rempuh belakang lori berhenti - Polis

Key takeaways
Tiga beranak maut selepas Proton Exora merempuh belakang lori yang berhenti di Jalan Raja Musa.
- Kemalangan berlaku pada jam 1.30 tengah hari di Bukit Talang, Kuala Selangor.
- Tiga mangsa termasuk pemandu wanita dan dua kanak-kanak meninggal dunia di tempat kejadian.
- Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Tiga beranak disahkan maut dalam nahas MPV, lori
- Utusan Malaysia Tiga termasuk dua kanak-kanak maut kereta langgar belakang lori
- Sinar Harian Tiga beranak maut: Exora rempuh belakang lori berhenti - Polis (this story)







