MELAKA: Pakatan Harapan (PH) hampir pasti akan bertanding sekurang-kurang 18 hingga 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, kata Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan PH akan meletak calon di kesemua 28 kerusi DUN sekiranya keadaan memerlukan.
Beliau berkata, perkara itu ialah antara beberapa senario sedang dipertimbangkan pihaknya sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Presiden PH.
"Jumlah (asas) yang hampir pasti ialah sekurang-kurangnya 18 kerusi dan maksimum 21 kerusi.
"Namun, jika keadaan terpaksa (sekiranya PH bertanding tanpa kerjasama dengan parti lain), mungkin kita bertanding 28 (kerusi).








