am@hmetro.com.my
Melaka: Pakatan Harapan (PH) mahu mengembalikan pengalaman menerima amanah dan mandat rakyat pada 2008 untuk diketengahkan semula menerusi pendekatan kempen positif pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengalaman berkenaan akan dijadikan asas untuk dikemukakan kepada rakyat bersama gagasan 'Melaka Rumah Kita' yang membawa tawaran berkaitan masa depan negeri dan kehidupan rakyat.
Menurut beliau, gagasan berkenaan akan dibentangkan sepanjang tempoh menjelang kempen sehingga hari mengundi, termasuk manifesto serta hala tuju PH mengenai masa depan Melaka.
"Pengalaman kita pernah diberikan amanah pada 2008 akan kita singkap semula dan kemukakan balik. Insya-Allah, yang kita nak tawarkan adalah 'positive campaigning'.









