MELAKA: Seorang bekas kelindan lori dihukum penjara tujuh tahun empat bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki 522.82 gram kanabis, tiga tahun lalu.
Mohammad Azali Mohmad Yazid, 36, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan itu selepas pertuduhan utama mengedar dadah ditukar susulan representasi pihak pembelaan yang diterima Jabatan Peguam Negara.
Hakim Datuk DJP Suria Kumar menjatuhkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 17 April 2023.
Dalam penghakimannya, beliau menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama dan mencari rezeki secara halal demi masa depan tiga anaknya.
"Saya berharap kamu lebih serius dan tidak terbabit dengan dadah selepas ini.









