Seremban: Semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri berkenaan.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan penutupan itu dibuat selaras dengan kenyataan KPM hari ini berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di negeri berkenaan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai pada 5 petang.
"Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.
"Guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana turut dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan... keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidik sentiasa menjadi keutamaan JPNS," menurut kenyataan dikeluarkan jabatan itu di sini.









