NEW DELHI: Pelakon veteran India, Nana Patekar, meninggal dunia pada usia 75 tahun dipercayai akibat serangan jantung selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Goa, awal pagi tadi.
Berita kematian pelakon yang terkenal dengan lakonan penuh intensiti itu disahkan anaknya, Malhar Patekar, kepada BBC Marathi.
Patekar, antara wajah paling dikenali dalam industri perfileman India, meninggalkan legasi besar menerusi pelbagai watak kompleks dan sering beremosi selain pernah meraih tiga Anugerah Filem Kebangsaan.
Beliau turut dikenali sebagai antara tokoh penting dalam industri perfileman serta teater berbahasa Marathi dan Hindi.
Menurut laporan berkenaan, Patekar ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Goa pada awal pagi Khamis sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.









