am@hmetro.com.my
Putrajaya: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Wilayah Persekutuan Putrajaya ditutup esok susulan keadaan jerebu yang melanda negara.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) memaklumkan, penutupan itu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen pemantauan setakat jam 5 petang tadi.
"Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.
"Ia hendaklah mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru," katanya menerusi kenyataan malam ini.








