am@hmetro.com.my
Tanjong Karang: Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Bestari Jaya, Allahyarham Norawalysa Mat Talpi, 44, yang maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Raja Muda Musa menghala ke Tanjong Karang, hari ini disifatkan guru yang berdedikasi dan komited dalam tugas.
Seorang penjaga, Saridon Ratiman, 58, berkata anak bongsunya, Nur Afeeya Nayla, 8, antara yang terakhir bertemu Allahyarham sebelum pulang dari sekolah.
Beliau berkata, Allahyarham adalah guru yang mengambil berat mengenai pelajaran muridnya selain disenangi warga sekolah.
"Cara arwah mengendalikan murid sangat unik, selain seorang pendidik yang tidak jemu mengajar. Kali terakhir anak berjumpa arwah ketika mahu pulang sekitar tengah hari tadi.








