PUTRAJAYA – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya ditutup esok susulan keadaan jerebu yang menjejaskan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan IPU di stesen pemantauan setakat pukul 5 petang tadi
“JPWPP menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di- Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.
“Selaras dengan kenyataan media KPM bertarikh 8 Oktober, semua institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan Putrajaya ditutup pada Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.








