SEREMBAN - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai Jumaat.Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, ketetapan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di Negeri Sembilan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai, setakat jam 5.00 petang Khamis.Menurutnya, ia juga selaras dengan kenyataan dikeluarkan KPM pada Khamis berhubung situasi jerebu."Ketetapan ini dibuat berdasarkan Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru."Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan," menurut kenyataan itu.Jelasnya, pihaknya menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong, berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.JPNS bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke masa serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan dan ketetapan yang ditetapkan oleh KPM.JPNS turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa peka terhadap perkembangan.
Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok

Key takeaways
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok kerana jerebu, mengikut indeks pencemaran udara.
- Ketetapan ini dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara di tiga stesen.
- Guru dan anggota kumpulan pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah.
- JPNS akan terus memantau bacaan IPU dan ambil tindakan sewajarnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Utusan Malaysia , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok (this story)
- Utusan Malaysia Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok
- Utusan Malaysia Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok.
- Berita Harian Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok









