MELAKA: Semua sekolah di seluruh Melaka akan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencapai tahap tidak sihat.
Keputusan itu membabitkan semua sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan (KPM) di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah ini termasuk semua Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta tadika.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah.
“Keputusan ini dibuat susulan pemantauan berterusan dan laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menunjukkan bacaan IPU di kawasan-kawasan utama di Melaka telah melepasi 150, iaitu pada tahap tidak sihat.









