SHAH ALAM: Sekolah-sekolah di negeri ini ditutup sepenuhnya mulai esok susulan keadaan jerebu yang menunjukkan bacaan tidak sihat sejak beberapa hari lalu.
Penutupan tersebut melibatkan keseluruhan lebih 900 buah sekolah menengah dan kebangsaan di semua daerah sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
Pengarah Pendidikan Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata, susulan penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) hendaklah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan kelangsungan persekolahan murid.
“Guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.









