syafil.syazwan@hmetro.com.my
Petaling Jaya : Penerbit dan pengarah teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL), Puan Sri Tiara Jacquelina mengaku terkilan apabila seramai 22,000 peminat gigit jari selepas gagal mendapatkan tiket pementasan epik berkenaan.
Tiara berkata, dia menerima pelbagai rayuan daripada peminat yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyaksikan naskhah legenda itu kembali beraksi di pentas selepas 20 tahun.
"Ada yang merayu sanggup berdiri dan duduk di tangga asalkan dapat menonton. Terus terang saya rasa sangat bersalah dan kasihan kepada 22,000 orang yang beratur dalam talian.
"Kalaulah dewan itu milik kami, sudah tentu kami mahu masukkan semua orang. Tetapi sayangnya ada pementasan lain yang menanti sejurus selepas PGL," katanya.









