Kuala Lumpur: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menafikan dakwaan bahawa konfigurasi perisian unit kuasanya digunakan tanpa diuji, sebaliknya mengesahkan pakej berkenaan menjalani simulasi dan penilaian di litar secara menyeluruh sebelum digunakan.

Badan induk sukan permotoran dunia itu ketika mengulas perkara sebenar susulan gangguan teknikal yang menjejaskan prosedur permulaan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026 pada Ahad lalu, memaklumkan pasukan dan pengeluar enjin sudah mengesahkan sistem berkenaan menerusi latihan simulasi secara meluas sebelum ini.

"Pakej perisian itu kemudiannya diuji dalam sesi pemanduan berskala penuh ketika sesi Latihan Bebas 1 pada GP Belgium dan GP Belanda," menurut FIA dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi media sosialnya hari ini.