SINGAPURA: Formula Satu (F1) akan menggunakan perisian unit kuasa alternatif yang diperkenalkan secara tergesa-gesa dalam Grand Prix (GP) Bahrian di Malaysia Ahad lalu jika perlumbaan GP Singapura hujung minggu ini berlangsung dalam keadaan litar basah, menurut kenyataan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) hari ini.

FIA sebelum ini menjalankan siasatan menyeluruh berhubung gangguan sistem perisian yang mencetuskan kucar-kacir pada perlumbaan lalu, sehingga menyebabkan beberapa jentera bergerak terlalu perlahan ketika pusingan formasi.

Insiden itu berlaku selepas hujan lebat di Litar Sepang memaksa permulaan sangan dibatalkan.

Sebagai rekod, GP Bahrain terpaksa dipindahkan penganjurannya ke Malaysia susulan konflik peperangan di Iran serta ketegangan situasi di Timur Tengah.