KUCHING: SoftBank Group Corp (SoftBank), Grab Holdings Ltd (Grab) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) hari ini memeterai perjanjian rangka kerja untuk meneroka pembangunan platform kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital di Sarawak.

Kesemua syarikat dalam kenyataan bersama memaklumkan akan bekerjasama melalui perjanjian itu untuk membangunkan pelan hala tuju bagi pembangunan platform berkenaan secara berperingkat.

Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group, Masayoshi Son, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab, Anthony Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petros, Datuk Janin Girie.

"Kerjasama itu turut meneroka peluang dalam keseluruhan rantaian nilai AI, termasuk pengkomputeran dan perkhidmatan AI, teknologi termaju, robotik, tenaga kerja tempatan serta pembangunan komuniti.