Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM), Puan Sri Tiara Jacquelina, terkilan apabila kira-kira 22,000 peminat gagal mendapatkan tiket pementasan epik itu yang kembali dipersembahkan selepas 20 tahun.
Tiara berkata, pihaknya menerima pelbagai rayuan daripada peminat yang sanggup melakukan apa saja, termasuk duduk di tangga, asalkan berpeluang menyaksikan naskhah berkenaan.
"Ada yang merayu dan sanggup berdiri atau duduk di tangga asalkan dapat menonton.
"Terus-terang saya rasa sangat bersalah dan kasihan kepada 22,000 orang yang beratur dalam talian.









