SEREMBAN: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai esok.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di Negeri Sembilan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai, setakat jam 5 petang tadi.
Menurutnya, ia juga selaras dengan kenyataan dikeluarkan KPM hari ini berhubung situasi jerebu.
"Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.









