ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk membelasah kelab dari Kemboja, PKR Svay Rieng FC 6-0 dalam aksi Kumpuan B saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee musim 2026/2027 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.
Kemenangan itu juga menebus kegagalan skuad kendalian Xisco Munoz yang hanya mampu seri 2-2 menentang barisan pemain yang di bimbing Matthew McConkey pada aksi di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, 4 Disember lalu.
Skuad Harimau Selatan yang menentang juara Liga Perdana Kemboja musim 2025/2026 itu hampir mencipta jaringan seawal minit ketujuh selepas gerakan dimulakan Oscar Arribas pantas melorong bola kepada Jairo da Silva yang merembat bola namun penjaga gol pelawat, Vireak Dara sempat menampan bola.









