rizar@mediaprima.com.my
Iskandar Puteri: Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk membelasah kelab dari Kemboja, PKR Svay Rieng FC 6-0 dalam aksi Kumpuan B saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee musim 2026/2027 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.
Kemenangan itu juga menebus kegagalan skuad kendalian Xisco Munoz yang hanya mampu seri 2-2 menentang barisan pemain yang di bimbing Matthew McConkey pada aksi di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, 4 Disember lalu.
Skuad Harimau Selatan yang menentang juara Liga Perdana Kemboja musim 2025/2026 itu hampir mencipta jaringan seawal minit ketujuh namun rembatan Jairo da Silva sempat ditampan penjaga gol pelawat, Vireak Dara.









