norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Cabang industri hiburan yang pelbagai membuatkan kedatangan Belanjawan Negara setiap tahun mendorong persatuan penggiat seni mengharapkan ada insentif terbaik disediakan oleh kerajaan.

Selain persatuan muzik, pengarah filem, pekerja industri, pelakon, semestinya tidak dilupakan penggiat teater yang berhasrat agar cabang seni itu turut mendapat perhatian untuk insentif disediakan.

Pengerusi Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah), Amirul Haswendy Ashari berkata, penggiat seni teater juga berharap agar ada insentif memberangsangkan daripada kerajaan buat mereka pada tahun depan.

"Harapan kami agar insentif geran-geran seperti Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP), Insentif Seni Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), MyCreative Ventures dapat disalurkan lebih adil buat penggiat teater.