Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian sedia menyemak dan memberi penjelasan mana-mana mengenai kes yang didakwa tidak menerima tindakan sewajarnya.

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan dakwaan bahawa kes-kes di sekolah sebelum ini telah 'didiamkan', dengan berkata siasatan dan proses lain terus dijalankan walaupun sudah tidak lagi menjadi perhatian umum.

Bercakap pada sidang media di Parlimen, Fadhlina berkata sesuatu kes tidak terhenti hanya kerana ia tidak lagi menjadi tajuk utama berita atau perbualan di media sosial.

“Siasatan, tindakan tatatertib, prosiding undang-undang dan intervensi berkaitan terus berjalan mengikut bidang kuasa pihak berkuasa masing-masing.