PUTRAJAYA: Malaysia mahu rundingan operasi dengan Indonesia disegerakan bagi membolehkan pasukan negara dihantar membantu memadam kebakaran hutan di negara itu, yang mencetuskan jerebu rentas sempadan.
Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, Presiden Indonesia Prabowo Subianto telah bersetuju menerima tawaran bantuan Malaysia, namun kaedah operasi dan lokasi pasukan Malaysia masih dirundingkan kedua-dua negara.
“Cumanya bagaimana cara operasi itulah agaknya yang sedang dirundingkan di antara kedua-dua pihak, kedua negara," katanya selepas menghadiri Majlis Graduasi Program Diploma in Diplomacy 2026 hari ini.







/file/attachments/orphans/afsdasdasdsad_147644.png)
