am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan maut selepas disyaki dibunuh di dewan sekolah di Yong Peng, kelmarin, diheret dari surau ke tempat kejadian, seperti yang tular di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek, turut menafikan dakwaan terdapat cermin yang pecah di surau, yang dikaitkan dengan kejadian itu.

"Jadi, ini semua tidak benar. Saya minta semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu.

"Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan.