BERA – Polis menafikan dakwaan seorang anggota polis cedera ditikam Orang Asli ketika menjalankan tugas rondaan dan pemantauan keselamatan di sekitar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dakwaan berkenaan tersebar menerusi platform TikTok pada Selasa adalah tidak benar serta tidak bertanggungjawab."Penyebaran kandungan sebegini bukan sahaja berpotensi mendatangkan kegusaran awam, bahkan boleh mencetuskan insiden keselamatan yang lebih besar serta menjadi tidak terkawal."Beberapa laporan polis telah diterima berkait isu tular berkenaan termasuk daripada daerah luar," katanya pada Khamis.Terdahulu, tular satu rakaman video di platform TikTok yang mendakwa segelintir Orang Asli di kawasan Bera membuat kekacauan dan menyerang anggota polis sehingga berlaku pertumpahan darah selepas seorang anggota dicucuk menggunakan senjata tajam.Zulkiflee memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jelasnya, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Kita nasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kandungan yang tidak benar atau belum disahkan, khususnya kandungan yang berpotensi mencetuskan salah faham, kebencian serta persepsi negatif terhadap mana-mana individu atau komuniti," jelasnya.
Polis nafi dakwaan anggota ditikam Orang Asli ketika jalankan rondaan

Key points
- BERA – Polis menafikan dakwaan seorang anggota polis cedera ditikam Orang Asli ketika menjalankan tugas rondaan dan pemantauan keselamatan di sekitar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasek Bera.
- Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dakwaan berkenaan tersebar menerusi platform TikTok pada Selasa adalah tidak benar serta tidak bertanggungjawab.
- Terdahulu, tular satu rakaman video di platform TikTok yang mendakwa segelintir Orang Asli di kawasan Bera membuat kekacauan dan menyerang anggota polis sehingga berlaku pertumpahan darah selepas seorang anggota dicucuk menggunakan senjata tajam.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Fadhlina nafi dakwaan kes di sekolah sebelum ini ‘didiamkan’
- Malaysiakini (BM) Menteri nafi dakwaan Irene Sofiya diseret dari surau ke dewan sekolah
- Utusan Malaysia Video KP AKPS: Dua anggota polis nafi jadi ‘counter setting’
- Harian Metro Polis nafi anggota ditikam Orang Asli di Tasik Bera
- Berita Harian Polis nafi anggota ditikam Orang Asli di Tasik Bera
- Sinar Harian Polis nafi dakwaan anggota ditikam Orang Asli ketika jalankan rondaan (this story)









