norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pasangan popular, Bella Astillah dan Syed Saddiq atau BASS terus menarik perhatian ramai menerusi perkongsian aktiviti masing-masing yang kini tinggal dua hari untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.
Bella, 32, dalam hantaran foto dimuatnaik di Instagram (IG) meluahkan perasaan syukurnya dalam menghitung hari menuju ke fasa kehidupan baharu untuk bergelar isteri semula.
"Mengira hari sehingga saya melangkah ke bab baru yamg indah, insya-Allah.
"10/10, 18,10," tulisnya pada hantaran yang dikemaskini itu dan mendapat maklum balas positif dengan ucapan tahniah daripada rakan selebritu serta pengikut setia BASS.






