KUALA LUMPUR: Bakal mempelai, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, Bella Astillah menjemput orang ramai menghadiri majlis 'Kenduri Rakyat' di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah, selepas mereka diijabkabulkan di sini, pada 10 Oktober ini.

'Kenduri Rakyat' meraikan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella akan diadakan di Muar, Johor pada 25 Oktober, diikuti Kota Kinabalu, Sabah, pada 31 Oktober.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, kedua-dua majlis resepsi dirancang dalam tempoh kurang dua bulan dan mereka berdepan kekangan masa serta kesukaran mendapatkan lokasi majlis perkahwinan.

"Majlis kahwin kami nanti bertemakan rewang. Kalau sebelum ini, sambutan Hari Raya yang saya anjurkan di Muar sudah mencecah 10,000 orang, jadi, kita jangka untuk kenduri kami lebih ramai yang akan datang.