Kuala Lumpur: Orang ramai dijemput menghadiri majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan artis Bella Astillah di Muar, Johor serta Kota Kinabalu, Sabah.

Syed Saddiq berkata, kedua-dua majlis itu akan berlangsung masing-masing pada 25 dan 31 Oktober.

"Kami berharap dapat meraikan penyatuan kami bersama seramai mungkin orang ramai. Sebab itulah kami memutuskan untuk mengadakan kenduri rakyat ini.

"Majlis resepsi itu akan berlangsung selepas kami disatukan secara rasmi pada 10 Oktober," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd