KUALA LUMPUR: Belum pun acara bermula, orang ramai sudah berpusu-pusu menuju ke lokasi penganjuran Kenduri Rakyat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan isterinya, penyanyi serta pelakon, Bella Astillah, sekali gus menyaksikan sambutan hangat terhadap majlis meraikan pasangan pengantin baharu itu.
Malah, ada yang sanggup beratur panjang sejak awal pagi bagi memastikan mereka berpeluang menyertai majlis yang berlangsung di Yong Sheng Banquet Hall, Jalan Bakri, Muar, hari ini.
Menerusi perkongsian di platform Threads, seorang pelayar dikenali sebagai Taufiq Ridzuan turut berkongsi video memaparkan orang ramai mula beratur seawal jam 8 pagi, meskipun acara berkenaan dijadualkan bermula pada jam 2 petang.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fa9564cf6ee0909e9775b85ca0d12af96.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)