LUMUT – Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan bagi meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka biarpun terdapat isu membabitkan pembahagian kerusi yang dibangkitkan MCA.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pandangan pihak seperti MCA berkaitan pembahagian kerusi merupakan perkara yang biasa ketika pilihan raya namun kemenangan parti itu adalah lebih penting.

“Biasalah kalau dalam suasana waktu untuk pemilihan calon dan sebagainya, mana-mana pihak pun ada pandangan-pandangan mereka.

“Bagaimanapun, semangat dalam BN, keputusan yang telah kita buat bersama kerana