YAN: Penduduk Kampung Titi Teras dan Kampung Teroi Bukit di kaki Gunung Jerai di sini, sekali lagi berdepan banjir selepas hujan lebat tanpa henti selama lima jam, menyebabkan sungai berhampiran melimpah ke rumah mereka sejak awal pagi tadi.
Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Titi Teras, Kamarudin Arifin, berkata pemantauan awal mendapati kira-kira 20 rumah di kawasan itu terjejas akibat banjir.
Setiap kali hujan berterusan, katanya, penduduk mula bimbang dan bersiap sedia sekiranya air kembali melimpah.
"Kalau ikutkan sejak awal tahun, kawasan ini lebih lima kali sudah banjir dengan kejadian terbaharu 20 September lalu.








