PETALING JAYA: Meskipun beberapa kawasan mengalami hujan lebat sehingga dilanda banjir, namun jerebu masih membelenggu negara ini dengan 27 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.
Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Johan Setia masih mencatatkan bacaan IPU tertinggi dengan 172 manakala Nilai pada kadar 169.
Turut alami keadaan sama di Bukit Rambai dengan bacaan 168, Alor Gajah (165), Bandaraya Melaka (164), Tangkak (164), Seremban (163), Batu Muda (162), Pasir Gudang (161), Petaling Jaya (160), Klang (158), Batu Pahat (158) dan Rompin (158).
Terjejas sama adalah Banting dengan bacaan 156, Kota Tinggi (155), Cheras (154), Putrajaya (154), Shah Alam (154), Port Dickson (153), Kluang (153), IPD Serian (153), Larkin (152), Indera Mahkota (151), Kuching (151), Samarahan (124), Seri Manjung (115) dan Pengerang (109).








