SACRAMENTO: Fenomena Super El Nino ekstrem tahun ini menarik kemunculan pelbagai spesies eksotik yang jarang ditemukan ke perairan California.
Lapor Reuters, ikan longfin bigeye dikesan buat pertama kali di California bulan lalu, manakala penyu laut dilaporkan pertama kali bertelur di pantai negeri itu.
Ular laut perut kuning berbisa ditemukan terdampar di pantai, manakala jerung paus dan jerung tukul kembali berenang di perairan berhampiran pesisir selepas lebih 15 tahun menghilang.
Antara spesies lain yang turut muncul ialah ikan terbang dan pari manta.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F435435232344_181809.png&w=480&output=webp&q=85&we)