Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan masih perlu menanggung hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk faedahnya, sekali gus menafikan dakwaan semua hutang syarikat pelaburan strategik negara itu sudah diselesaikan.
Perdana Menteri berkata, pembayaran hutang lama perlu diteruskan meskipun kerajaan berusaha mengawal pinjaman baharu dan mengurangkan beban hutang negara menerusi pengurusan fiskal yang lebih berdisiplin.
Katanya, terdapat pihak yang mendakwa hutang 1MDB sudah dilunaskan sepenuhnya, namun beliau mempersoalkan sumber maklumat berkenaan.
"Ada menyatakan hutang 1MDB dah bayar semua, saya tak tahu daripada kitab mana dia baca, tak betul.








