Butterworth: Pesalah jalan raya tegar termasuk golongan yang terbabit dalam aktiviti lumba haram dicadang mengikuti program pemulihan selain dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti saman dan penyitaan kenderaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, pendekatan pemulihan boleh dipertimbangkan sebagai langkah ketiga selepas penguatkuasaan dan pencegahan, sekiranya kedua-dua pendekatan berkenaan dilihat kurang berkesan dalam menangani masalah itu.

Beliau berkata, antara cadangan yang dilihat ialah mengaitkan tindakan pemulihan dengan sistem mata demerit.

"Apabila pesalah tegar mencapai jumlah mata tertentu, lesen memandu mereka boleh digantung atau dibatalkan.