Seremban: Ibu bapa kepada pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini yang menjadi mangsa suntingan gambar bogel menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), diminta supaya tampil membuat laporan polis.

Peguam, Ng Kian Nam yang mewakili ibu bapa mangsa secara pro bono berkata, selain lima laporan polis yang dibuat, pihaknya dimaklumkan ada beberapa ibu bapa lain yang dipanggil membantu siasatan kes itu kerana anak mereka disyaki turut menjadi mangsa, semalam.

"Kami juga menerima suatu lagi laporan polis yang dibuat sejak Januari lalu oleh seorang lagi mangsa pelajar dari sekolah sama yang mengesyaki gambar bogelnya tersebar melalui Twitter.

"Maka kami menyeru kepada pihak polis untuk mengesahkan secara telus jumlah sebenar mangsa gambar lucah itu.