Segamat: Seorang gelandangan dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku mencederakan warga emas berusia 70 tahun, Khamis lalu.

Majistret Nor Fadilah Johanuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Jainudi Abdullah, 47.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki warga emas menggunakan tin gam, iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah premis menjual barangan elektrik di Kampung Abdullah di sini, 1.30 tengah hari, 15 Oktober lalu.