Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada penjawat awam supaya tidak melengahkan pelaksanaan dasar kerajaan.
Beliau turut menegaskan keberkesanan Belanjawan 2027 bukan sekadar bergantung kepada perancangan rapi, sebaliknya keupayaan menterjemahkannya demi manfaat kepada rakyat.
Katanya, setiap keputusan kerajaan perlu dilaksanakan dengan pantas, beramanah dan penuh tanggungjawab, terutama selepas pelbagai langkah diambil bagi membantu rakyat termasuk penurunan harga minyak dan peningkatan bantuan serta gaji.
Katanya, kegagalan melaksanakan dasar dengan cekap hanya akan menjejaskan usaha kerajaan, meskipun perancangan dan peruntukan disediakan dengan teliti.








