Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan kawasan disalurkan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berkata jumlah peruntukan itu perlu ditentukan berdasarkan formula berkadar bagi memastikan pengagihan yang adil dan saksama.

Katanya, ketiadaan undang-undang atau garis panduan yang menjamin peruntukan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira kecenderungan politik antara kekurangan perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027.

"Langkah ini selaras dengan konsep waad nasional yang menekankan amanah dan tanggungjawab pemerintah untuk berlaku adil serta melakukan terbaik kepada rakyat selepas diberikan mandat.