KOTA TINGGI: Tiga wanita disyaki terlibat dalam kegiatan memalsukan sijil cuti sakit (MC) ditahan polis di sekitar daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, suspek berusia lingkungan 22 hingga 23 tahun ditahan pada pukul 3.20 petang berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai perubatan sebuah klinik swasta, pada 5 Oktober lalu.
Katanya, pengadu yang juga seorang lelaki warga tempatan memaklumkan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan dokumen sijil cuti sakit.
“Hasil pemeriksaan mendapati sijil cuti sakit tersebut adalah palsu. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kota Tinggi telah berjaya menahan tiga orang suspek perempuan tempatan.









