Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun susulan penahanan lima rakyat Malaysia bersama lima kilogram kokain di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pasukan itu akan menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai penahanan berkenaan, termasuk rangkaian sindiket dadah Malaysia dan antarabangsa.
Katanya, pihak berkuasa Jepun juga sedang menyiasat sumber bekalan kokain itu, selain mengenal pasti anggota sindiket dan rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa.
"JSJN dimaklumkan oleh pihak berkuasa Jepun mengenai penahanan dua lelaki dan tiga wanita warga Malaysia di Lapangan Terbang Haneda pada 10 Oktober lalu.








