MOSCOW: Russia hanya bersedia menghentikan serangan ke atas Ukraine pada hari pilihan raya presiden, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kelmarin.

Kenyataan itu menyusul tuntutan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky supaya gencatan senjata menyeluruh selama 60 hari dilaksanakan bagi membolehkan negara itu mengadakan persiapan pilihan raya, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, sudah tiba masanya Zelensky digantikan.

Peskov berkata, permintaan Kyiv itu tidak banyak berkaitan dengan pilihan raya, sebaliknya bertujuan mendapatkan masa yang diperlukan tentera Ukraine untuk mengumpulkan senjata dan menyusun semula kekuatan pasukan perang mereka.

“Jika Kyiv benar-benar mahu mengadakan pilihan raya, Presiden Persekutuan Russia bersedia mengeluarkan arahan supaya serangan ke atas Ukraine dihentikan khusus pada hari pilihan raya.